Bermula pada 15 Januari 2014 semua pengguna perlu menggunakan SSO@MBI di alamat http://sso.mbi.gov.my untuk login sistem eSupplier@MBI. Pengguna perlu mendaftar sebagai pengguna SSO@MBI terlebih dahulu bagi memudahkan mengakses sistem-sistem lain yang ada di Majlis Bandaraya Ipoh.

Ringkasan Eksekutif

eSupplier@mbi merupakan satu aplikasi komprehensif yang mempunyai capaian maklumat berkaitan Pembekal/Kontraktor yang berdaftar dengan Majlis Bandaraya Ipoh. Ianya telah digunapakai di Majlis berkuatkuasa pada Mac 2012 di mana ia merangkumi portal yang menyediakan perkhidmatan yang membenarkan pembekal/kontraktor untuk membuat semakan profil pembekal/kontraktor, status terkini pesanan tempatan dan pembayaran, capaian cetakan perjanjian pembekalan serta notifikasi dan makluman am perolehan Majlis yang terkini. Dengan eSupplier@mbi, capaian maklumat dan perkhidmatan dipusatkan dan disediakan secara atas talian dalam satu portal sahaja yang mana integrasi dan komunikasi di antara pihak pembekal/kontraktor dengan Majlis dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dan pantas tanpa sempadan dan had masa.